Monday, June 22, 2009

Apa istimewanya Lingzhi (H-Bee Natural Lingzhi)


Kali ini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu mengenai Lingzhi, atau lebih dikenali sebagai Ganoderma lucidum. Cendawan herba yang cukup terkenal dikalangan masyarakat Cina ini mengandungi khasiat dan rahsianya yang cukup baik dalam dunia perubatan, tetapi sayangnya makin hari dunia hanya melihat pada perubatan konvensional dari Barat. Jadi di sini saya kongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi melalui pembacaan saya sendiri, insyaAllah.

Cendawan secara umumnya mampu meningkatkan sistem immun seseorang. Sistem immun sangat penting sebagai pertahanan badan terhadap penyakit, yang dibawa oleh bakteria, virus dan bahan asing. Secara umumnya, Ganoderma lucidum mengandungi 4 bahan aktif yang sangat membantu dalam penyembuhan, iaitu polysaccharides, organic germanium, superoxide dismutase (SOD) dan juga triterpenes.
http://www.medscape.com/medline/abstract/15544548

Polysaccharides daripada Ganoderma lucidum berkesan dalam mengurangkan kolesterol berbahaya. Ianya mempunyai kesan immuno-modulation, mengawal sistem immune, di mana polysaccharides ini mampu mengaktifkan pembahagian (proliferation) splenic mononuclear cells (MNCs) dan penghasilan cytokines. Bahan ini didapati juga berkesan terhadap kanser.
http://www.medscape.com/medline/abstract/16169168
http://www.medscape.com/medline/abstract/16323548
http://www.medscape.com/medline/abstract/18222673
http://www.medscape.com/medline/abstract/16117607


Germanium merupakan bahan mineral yang digunakan sebagai semiconductor. Dr. Asai mendapati bahan ini terdapat di dalam tumbuhan dan mempunyai kesan yang baik dalam penyembuhan. Organic germanium mampu meningkatkan pembekalan oksigen di dalam badan. Ia melekat dengan mudah kepada hidrogen (dehydrogenate), mengurangkan keasidan darah dan oksigen akan bebas tanpa perlu melekat pada hidrogen. Kebanyakan penyakit pada badan kita secara tidak langsung adalah disebabkan kekurangan oksigen, dimana darah menjadi bersifat asid (hidrogen tinggi), kadang kala juga di katakan sebagai 'stress'. Jadi apabila pemakanan diambil dengan seimbang, dan oksigen yang mencukupi, secara tidak langsung memberi kesan penyembuhan yang baik.
http://www.organicgermanium.net/images/dr_asai_book.pdf(rujuk muka 17 dan 19)

Bahan aktif ketiga iaitu superoxide dismutase (SOD) merupakan sejenis enzim yang bertindak sebagai antioxidant dan anti-inflammatory. Ianya meneutralkan free-radical yang secara tidak langsung bertindak dalam melambatkan proses penuaan (anti-aging). SOD terdapat pada lapisan dermis dan epidermis, dan penting dalam penghasilan fibroblast yang baik (skin-building cells).
http://www.vitaminstuff.com/superoxide-dismutase.html

Triterpenes, yang juga dikenali sebagai asid Lingzhi mempunyai aktiviti cytoxic yang bertindak sebagai agen anti-kanser. Bahan ini tidak membunuh sel-sel yang normal seperti yang di laporkan oleh Kolej Perubatan, National Taiwan Univercity. Triterpenes memanjangkan fasa G2 dalam kitaran sel dan menghentikan pembesaran sel tumor, seperti Hep G2,P-388 dan LLC (Lewis Lung Carcinoma), serta HIV-1 protease.
http://www.medscape.com/medline/abstract/11520245
http://www.medscape.com/medline/abstract/12639703
http://www.medscape.com/medline/abstract/10923835
http://www.medscape.com/medline/abstract/9810695


Berdasarkan sedikit penerangan saya di atas, dapat kita simpulkan bahawa Ganoderma lucidum (Lingzhi) mampu meningkatkan sistem immun badan, menyahtoxik, mengurangkan free-radical yang secara tidak langsung melambatkan proses penuaan. Malah, kesan yang sangat bagus iaitu sebagai agen anti-kanser.

Pembacaan saya dari sebuah buku mendapati, bidang perubatan Jepun telah mengesahkan Ganoderma positif kepada penyakit cardiovascular, darah tinggi mahupun rendah, hepatitis, sembelit, senggugut, penyakit puan, gastric ulcer dan pelbagai lagi. Kebanyakannya yang melibatkan pengaliran darah iaitu kesan hemocatharsis yang menolong organ-organ dalaman berfungsi dengan sempurna.

Penggunaannya yang begitu lama menunjukkan bahawa Ganoderma lucidum tidak mempunyai kesan sampingan yang berbahaya seperti sesetengah herba. John Chen dan Tina Chen dalam bukunya Chinese Medical Herbology and Pharmacology turut mengatakan bahawa Lingzhi mampu meningkatkan Qi dan menguatkan badan. Sesetengah orang juga menganggap Lingzhi sebagai ubat memanjangkan umur. Pengambilan yang berterusan dapat mencegah seseorang daripada penyakit berbahaya.
http://www.reishi.com/News/LingZhi.pdf

Saya dan keluarga saya juga turut mengamalkan Lingzhi ini setiap hari, malah ianya telah berkesan di kalangan pesakit-pesakit yang datang ke klinik mak saya, alhamdulillah. Jika kita lihat kembali, betapa besarnya ciptaan Allah, walaupun hanya cendawan yang tampak biasa di mata, tetapi kesannya sangat bermanfaat kepada manusia, tidak boleh dibandingkan dengan ciptaan manusia sendiri.

Semoga dengan perkongsian ilmu ini, dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan pembaca. Marilah kita mencegah sebelum sakit, insyaAllah.

Rencana ini ditulis oleh Munir Afifi, pelajar perubtan UKM, dalam blognya: cahaya ilmu. Terima kasih kerana berkongsi ilmu.

Saturday, June 20, 2009

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain


Atas inisiatif sahabat-sahabat lama sekampung, Shukri Taib (Amat), Mahyuddin Tajul Idris, Abd Rashid Nordin, Wan Othman Wan Ismail, Ahmad Mouthie Teridi dan lain-lain, sebahagian besar anak-anak Kg Berchat dapat dikumpulkan dalam sebuah majlis pertemuan di Victoria Institution, malam 20 Jun lalu. Mahyuddin telah menyumbangkan perbelanjaan makan malam (masakan istimewa nasi minyak Berchat). Terima kasih atas sumbangan dan kami doakan semoga Allah murahkan lagi rezekimu.

Beberapa tahun lalu satu perjumpaan anak-anak Berchat yang tinggal di luar kampung telah diadakan di surau Kg Berchat pada hari raya kedua, dan berjaya menemukan anak-anak Berchat yang berada di perantauan. Namun begitu pertemuan 20 Jun 09 merupakan pertemuan anak-anak Berchat yang tinggal di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Sudah tiba masanya kita mempertautkan kembali hubungan dan silaturrahmi sesama kita, memandangkan kita berada jauh dari kampung laman. Sebagai perantau, kita sudahpun menjadi pemastautin di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang (termasuk Selangor) kerana sudah berpuluh tahun kita berada di sini.

Hasrat dan keinginan bersama untuk kembali merapatkan hubungan dan silaturrahmi sesama kita adalah sentimen positif dan patut disuburkan, kerana kita berasal dari sebuah kampung kecil yang sama, berkawan dan bermain sejak kecil bersama-sama, bersekolah, belajar mengaji bersama, berguru kepada guru dan ustaz yang sama, sebahagian kita mempunyai talian darah dan hubungan kekeluargaan, cuma jauh dan dekat yang berbeza. Hubungan ini tentulah jalinan yang penuh emosional dan nostalgik, dan patut kita kembang dan majukan menjadi program-program yang memberikan manfaat kepada semua.

AlhamdulilLah, dalam pertemuan tersebut sudah tercetus idea dan cdangan supaya kita menubuhkan sebuah tabung khairat atau kebajikan yang dapat digunakan untuk membantu sesama kita ketika berlaku kematian dan musibah (kemalangan, sakit dan sebagainya). Apabila Hj Mouthie memulakan usaha memungut sumbangan pada majlis tersebut, hasilnya lebih RM700.00 dapat dipungut. Terima kasih kepada semua yang menyumbang. Wang ini akan menjadi dana permulaan kepada tabung kita nanti.

Sebuah Jawatankuasa akan dibentuk dalam sedikit masa lagi melalui Jawatankuasa sementara (tak rasmi) yang dipersetujui pada majlis tersebut. Hj Hasanuddin (Pakcik Hassan) mengesyorkan supaya kita semua memberikan perhatian kepada pendidikan anak-anak kita. Beliau sebagai bekas Timbalan Ketua Pengarah MARA, mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan, dan beliau bersedia membantu kita semua. Marilah kita manfaatkan idea dan khidmat beliau ini.

Pertemuan ini dirasakan sangat bermakna, kerana masing-masing dari kita masih mempunyai rasa rindu (nostalgia) kepada kampung laman di mana kita dilahirkan, membesar dan menjadi 'orang'. Berchat adalah tempat tumpah darah dan tempat bersemadi orang-orang tua kita yang kita sayangi. Ibarat kata pepatah: tempat jatuh lagi di kenag, inikan pula tempat bermain. Tidak mungkin kita dapat melupakan tempat tumpah darah kita, apa lagi tempat kita bermain waktu kecil, bersenda gurau, belajar mengaji di sekolah (Sekolah Hulu Cheh kini Sek. Sultan Abdullah), petangnya di sekolah Al-Falah (sekolah agama) manakala waktu malam pula belajar mengaji al-Quran. Sungguhpun kita sudah keluar jauh merantau dan bermukim di tempat lain, tetapi kata orang ada waktunya kita akan menjadi belut pulang ke lumpur atau bagai gagak pulang ke benua.

Pertemuan ini permulaan kepada hasrat kita untuk berpadu. Akiviti-aktivi lain sesudah ini akan menjadi pemula kepara eratnya perpaduan tersebut. Marilah kita sama-sama menyumbang kepada usaha merapatkan hubungan ini. Sumbangan kita bukanlah semata-mata dalam bentuk wang ringgit. Apa yang lebih penting ialah penyertaan kita. Kehadiran kita dalam sebarang akiviti yang akan dirancang itu adalah sumbangan yang terpenting. Kehadiran kita menunjukkan komitmen kita. Bagi mereka yang ada rezeki lebih boleh menyumbang kewangan. Mereka yang mempunyai ilmu, pengalaman dan kemahiran, sumbangkan ilmu, pengalaman dan kemahiran. Setiap orang daripada kita mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Oleh itu marilah kita manfaatkan kelebihan dan keistimewaan tersebut secara bersama, seperti kata bidalan: yang pekak memasang meriam, yang buta meniup lesung, yang capek menghjalau ayam. Maknanya janganlah kita merasa rendah diri, kerana setiap kekurangan kita juga ada manfaatnya sekiranya kita dapat menggunakannya sebaik mungkin.

Gambar atas: Bergambar ramai selepas majlis.

Wednesday, June 17, 2009

Penyembuhan dengan Scalar Energy


Tenaga skalar atau pun bahasa yang biasa digunakan, scalar energy. Post kali ini saya ingin kongsikan bagaimana scalar energy ini dimanfaatkan dan digunakan sebagai terapi untuk merawat penyakit. Saya akan gunakan ayat saya sendiri berdasarkan kefahaman saya, jadi saya sertakan artikel yang saya baca supaya pembaca boleh perbetulkan fakta saya jika tersilap, insyaAllah.

Secara tidak langsung, di sekeliling kita terdapat tenaga, cuma kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar. Kita sebagai orang Islam wajib percaya kepada perkara ghaib, seperti contoh bagaimana Allah ciptakan bumi ini daripada tiada kepada ada. Teori Big Bang itu yang pada asalnya diceritakan oleh Allah, bagaimana suatu yang padu (ratqa) dipisahkan antara keduanya, dan akhirnya lahirlah bintang, planet dan sebagainya. Selepas kajian demi kajian, terbukti ianya benar.

Alam sekeliling dan sel-sel pada badan kita sebenarnya saling berinteraksi, terdapat perhubungan antaranya. Saya melihat menerusi laman web www.thehealinguniverse.com, bagaimana Michael Mallon menerangkan mengenai interaksi DNA dengan persekitaran, terhadap bunyi, cahaya dan tenaga. Pembacca juga boleh memahaminya lebih lanjut dalam buku ditulis oleh Harun Yahya mengenai keajaiban DNA yang diciptakan Allah.


Terapi menggunakan scalar energy ini menekankan konsep merawat dari dalam, iaitu melalui pembetulan DNA didalam sel, malah lebih dalam lagi iaitu zarah-zarah komponen DNA tersebut. Zarah tersebut bertindak terhadap tenaga atau disebut juga sebagai Electromagnetic Field (EMF). Secara tidak langsung perubahan dari dalam ini mempengaruhi sel-sel tersebut, dan tenaga baik ini merawat dan mempercepatkan baik pulih sel itu.



Dr. Valerie Hunt ada menerangkan bahawa scalar energy ini merawat melalui dua cara. Pertama dengan memperbaiki peredaran darah dalam badan dan kedua dengan memperbetulkan komposisi kimia sel-sel, termasuk membrane potential.
Bioscalar Energy: The Healing Power

Antoine Priore pada tahun 1960an dan 1970an berjaya mencipta mesin penyembuhan electromagnetik, "Porthole". Hasilnya didapati berjaya menyembuhkan hampir 100% kanser dan leukemia. Tetapi pada 1974, hasil beliau gagal diteruskan kerana kerajaan Perancis ketika itu tidak menyokong kerja beliau. Beberapa isi penyelidikan beliau ditulis dalam laman web di bawah ini, mengenai konsep 'time reversing', yang menyatakan bagaimana sel-sel yang rosak dikembalikan kepada keadaan asal.
Essential Priore Points

Tom Bearden, saintis yang mengkaji menggenai tenaga electromagnetic ini juga ada menerangkan cara dan bagaimana menggunakannya untuk mengubati. Ia menerangkan bagaimana electromagnetic dan gelombang mengubah keadaan sesuatu bahan, interaksinya. Ianya juga adalah inspirasi daripada "Porthole" yang dicipta oleh Antoine Priore. Penerangannya lebih dalam bentuk fizik, dan agak sukar juga bagi saya faham. Mungkin bagi mereka yang belajar fizik, akan lebih mudah memahaminya, insyaAllah.
Method, System and Apparatus for Conditioning Electromagnetic Potentials, Fields and Waves to Treat and Alter Matter

Jon Barron dalam laporan khasnya juga menerangkan dari konsep fizik, bagaimanakah scalar energy itu, dan bagaimana diaplikasikan untuk kesihatan. Scalar energy kini boleh di aplikasikan pada barang kemas seperti rantai, jam, gelang dan sebagainya. Hasilnya beliau mendapati scalar energy ini dapat membuang frequensi buatan manusia yang tidak sihat, meningkatkan tenaga sel, melindungi DNA daripada rosak dan secara langsung mencegah daripada kanser.
Special Report: The Energy of Life

Beliau juga ada menerangkan bahawa scalar energy ini mengurangkan kolesterol dalam darah, dan meningkatkan daya immunisasi badan. Ianya meningkatkan amplitud EEG, menunjukkan bahawa scalar energy ini mampu meningkatkan daya tumpuan seseorang (focus), malah boleh bertindak sebagai anti-depressent, kerana menghalang pengambilan noradrenaline oleh sel saraf PC12.

Yang terbaru, alat yang di panggil Cytotron juga menggunakan konsep yang sama. Ianya dihasilkan oleh Centre of Advance Research abd Development (CARD) di Bangalore, India. Cytotron digunakan untuk penyakit kronik dan degenerative seperti kanser dan arthritis, menggunakan gelombang electromagnetic. Apabila saya baca, asasnya memang sama seperti yang diterangkan di atas, dan alat ini sudah mula dimasukkan ke negara kita.
Cytotron-1st in Malaysia
How Cytotron works?

Penggunaan scalar ini makin meluas pada masa sekarang. Korea dan Jepun antara negara yang banyak menghasilkan produk berasaskan scalar energy ini. Antaranya ialah rantai, gelang, jam, cincin dan flask. Jika rakan-rakan ada persoalan mengenai produknya, boleh tanya atau beli dari saya, insyaAllah saya cuba membantu.




Semoga dengan perkongsian ini, dapat lebih membuka minda kita bahawa perubatan ini tidak terhad pada ubat-ubatan dan surgery sahaja. Skopnya sangat luas, kerana ianya melibatkan manusia, iaitu ciptaan Allah yang sangat kompleks, masih banyak yang belum kita cungkil rahsia-rahsianya. Semoga anda dapat sikit sebanyak ilmu yang bermanfaat.

Rencana ini adalah post Munir Afifi dalam blognya cahaya ilmu. Terima kasih kerana dapat kongsi info.

Tuesday, June 16, 2009

Lagi-lagi Hantu

Saya sering terpanggil untuk menulis tentang sikap orang Melayu yang begitu taksub dengan hantu. Akhir-akhir ini kita disajikan dengan terlalu banyak cerita hantu melalui filem dan drama di televisyen tempatan. Cerita-cerita misteri tentang alam ghaib, tentang hantu dan jin serta tentang kepercayaan animisme masyarakat Melayu, nampaknya dieksploit dengan begitu berlebih-lebihan oleh pengusaha media, pengarah filem/drama, penulis skrip. Apakah kerana cerita begini mendapat rating yang tinggi, iaitu mengikut permintaan penonton yang tinggi, atau apakah mereka cuba menaja sesuatu kepada penonton. Niat sebenar mereka hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Namun dari satu sisi, saya sungguh kecewa dengan perkembangan ini. Ada orang melihat ia fenomena biasa untuk tujuan hiburan semata-mata. Tetapi saya melihat kesan sampingan yang tidak sihat dan merosakkan minda penonton, terutama generasi muda, anak-anak yang belum mengerti apa-apa. Stesen TV, penerbit, penulis dan pelakon pastinya dapat wang daripada usaha mereka, tetapi penonton dapat apa? Selain hiburan mereka tidak memperolehi apa-apa kerana nilai informasi atau ilmu dalamnya masih boleh kita persoalkan. Apakah cerita itu ada unsur pendidikan? atau ada nilai moral? Kadang-kadang kita melihat sesuatu yang lucu dan mengelirukan apabila ada selitan maksud ayat al-Quran diselitkan dalam cerita-cerita karut yang ditayangkan. Apakah itu cukup untuk membuktikan drama mereka ada nilai pendidikan?

Cerita yang tidak berasaskan maklumat yang benar (kerana mana ada cerita hantu yang ada fakta dan angka yang saintifik?), maka semua cerita itu adalah rekaan, hasil dengar-dengar, warisan kisah turun temurun kepercayaan animisme Melayu. Apakah nilai animisme begini yang hendak dijajakan dan hendak diserap ke dalam minda generasi ICT? terutama orang-orang Melayu?

Dari sudut agama pula, apa nilai agama yang ada dalam cerita-cerita ini? Suatu yang tidak diasaskan kepada fakta dan ilmu, ia teryata tidak langsung Islamik. Janganlah diselit-selit dengan ayat-ayat al-Quran untuk menghalalkan amalan karut animisme itu. Islam tidak sekali-kali akan berkompromi dengan sikap animistik kerana ia adalah berlandaskan akidah yang sahih sedangkan animisme adalah khurafat dan syirik.

Inilah dilema orang Melayu terutama mereka yang berada di industri hiburan. Carilah topik-tpopik bernilai dan segmen hiburan yang ada nilai ilmu dan membina untuk dibuat drama atau filem. Sampai bila kalian hendak hanyut dan dihanyutkan dengan kekarutan atau apakah kalian hendak membawa penonton khususnya masyarakat Melayu ke belakang?

Media perlu melihat jauh ke hadapan, menyajikan filem/drama fiksi yang berasaskan sains dan kajian-kajian saintifik. Banyak bahan ilmu begini, tetapi pastilah ianya memerlukan banyak usaha penyelidikan, kajian dan pembacaan. Kerja begini tidak disukai kebanyakan orang termasuk orang di media.

Bila lagi orang Melayu hendak berubah, maju ke hadapan? Kita senang masyarakat kita dibuai dengan khayalan, tahyul dan fiksyen negatif, di samping minat bertelagah terus menerus dalam politik kepartaian. Dalam politik orang Melayu kelihatan menonjol dan menjadi hero; namun pada hakikatnya kita semakin kehilangan kuasa. Kita bertelagah sesama sendiri kerana setiap pihak merasakan dirinya yang benar, dan merekalah pejuang Melayu. Apalah makna kehebatan politik kalau nantinya kita ibarat menang sorak kampung tergadai, atau menjadi itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan.


Hantu ada di sini atau ada dalam fikiran manusia?