Wednesday, February 18, 2009

Lingzhi, herba ajaib


Saya sedang menyiapkan buku kecil tentang Lingzhi, iaitu cendawan merah yang dikenali sebgai penawar mujarab untuk menyembuhkan banyak gejala penyakit. Lingzhi adalah herba yang sangat rapat dengan kehidupan saya sekeluarga sejak 1995, kerana ia merupakan produk herba yang kami kongsikan dengan ramai pengguna di Malaysia mahupun di luar negara seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan Arab Saudi. Keistimewaan Lingzhi yang dikenali di negeri China sejak lebih 2 000 tahun silam itu terletak pada keupayaan farmakologinya membantu manusia memperbetulkan organ dan sistem tubuh secara alami. Sains kini sedang mengkaji ciri-ciri keistimewaan ini untuk mengesahkan fakta-fakta emperikal tentangnya.

Memandangkan buku ini masih lagi beluam siap sepenuhnya, maka di sini saya kongsikan sebahagian kisah menarik di sebalik keistimewaan herba ajaib ini.

Kenal dan jatuh cinta.

Penulis sendiri mempunyai hubungan intim dengan Lingzhi sejak mengenalinya pada pertengahan tahun 1990han. Sungguhpun Lingzhi sudah berada di Malaysia di penghujujng 80han dan mula dikenali pada awal tahun 90han, namun saya sendiri benar-benar menjadi peminat Lingzhi pada tahun 1995. Waktu itu kami sekeluarga baru memulakan perniagaan jualan langsung (MLM) melalui syarikat sendiri, Hikmah Bistari (M) Sdn. Bhd. Melalui seorang rakan Cina, kami diperkenalkan kepada produk Lingzhi untuk dipasarkan melalui syarikat kami.

Bermula dari sini, saya secara peribadi semakin dekat dengan Lingzhi. Dengan sumber maklumat yang sangat terhad ketika itu, saya mula mencari maklumat dan belajar tentang Lingzhi. Di mana sahaja terdapat maklumat saya akan dapatkannya. Mengenal Lingzhi tidak hanya cukup dengan mengenalinya melalui maklumat sahaja, tetapi juga perlu menggunakannya. Sebelum Produk Lingzhi kami yang memakai jenama Natural Lingzhi (extract) dipasarkan kepada pengguna, saya secara peribadi terlebih dahulu menga-malkannya.

Kebetulan di waktu itu saya sendiri mengalami tiga jenis gejala penyakit yang agak kronik, iaiatu gastrik, migraine dan sinusitis (resdung). Saya mengamalkan Lingzhi sebagai pemakanan kesihatan, di mana ia diambil setiap hari terus menerus. Kesan pengambilannya sungguh menakjubkan. Lingzhi benar-benar herba ajaib, kerana keajaibannya terjadi ke atas diri saya sendiri. Saya telah mengidap gastrik hampir sepuluh tahun, migraine sejak dari bangku sekolah (lebih dua belas tahun), manakala sinusitis juga hampir sama. Penyakit-penyakit tersebut sangat mengganggu kehidupan seharian saya. Gastrik sering terjadi terutama ketika salah mengambil makanan. Perut akan memulas-mulas dan sakit. Sementara itu migraine pula boleh dikatakan datang setiap bulan. Sakitnya akan dirasakan sekitar tiga hari. Kesakitan migraine pada bahagian kiri kepala sangat menyiksakan kerana ia tidak mudah disembuhkan dengan ubatan biasa. Saya difahamkan bahawa migraine saya ada kaitan dengan tugas dan cara kerja yang terlalu stres. Sementara itu sinusitis yang saya alami juga serius sehingga ketika diserang, sulit untuk tidur apabila pernafasan tersumbat sehingga perlu menggunakan semburan hidung (nasal spray).

Satu keajaiban telah terjadi ke atas saya apabila ketiga-tiga gejala penyakit yang selama ini menganggu kesihatan semakin hari semakin hilang dan akhirnya sembuh total. AlhamdulilLah dengan izin Tuhan yang memberikan kesembuhan melalui ikhtiar mengamalkan Lingzhi sebagai makanan kesihatan. Hingga kini ketiga-tiga gejala penyakit tersebut tidak datang lagi.

Pengalaman manis sembuh daripada beberapa penyakit kronik itu saya manfaatkan dengan berkongsi pengalaman dan produk dengan orang lain, terutama pengguna. Produk Natural Lingzhi yang kami pasarkan adalah produk yang ditanam dan dikilang secara GMP di Malaysia. Lingzhi yang digunakan adalah Lingzhi merah atau Ganoderma Lucidum. Ia diproses secara ekstrak, menjadikan kualitinya sangat tinggi. Waktu itu Natural Lingzhi adalah satu-satunya Lingzhi tempatan yang menggunakan ekstrak dalam pasaran. Hasil daripada usaha memperkenalkan produk Lingzhi, kami dapati memang ia berkesan untuk merawat gejala gastrik, migraine, sinusitis. Ramai pesakit yang mengalami kesembuhan biarpun telah lama mengidapinya.

Sejak tahun 1995, kami semakin yakin memasarkan Natural Lingzhi di pasaran Malaysia kerana sangat yakin dengan keajaibannya. Dari hari ke shari kami mengumpul banyak testimoni atau perakuan pengguna yang ikhlas mengakui kebaikan dan kelebihan Lingzhi. Pelbagai gejala penyakit yang mereka alami telah sembuh dan mereka dapat menikmati kembali kesihatan yang hilang sebelum itu. Mereka mengakui yang mereka telah benar-benar sihat.

Kini saya benar-benar sedar apakah maknanya herba Tuhan seperti yang diyakini oleh orang-orang Cina sejak ribuan tahun dahulu itu. Saya sangat yakin bahawa Lingzhi adalah anugerah besar Tuhan kepada manusia untuk menghadapi pelbagai jenis penyakit. Tidak salahlah apabila Materia Medica Perubatan Tradisional China meletakkan Lingzhi di atas segala herba lain (termasuk ginseng), kerana ternyata benar bahawa kekuatan Lingzhi sukar ditandingi herba-herba lain. Kenyataan ini bukanlah taksub tetapi itulah fakta, iaitu fakta yang semakin hari semakin terserlah melalui kajian-kajian sainstifik moden yang dilakukan oleh para sarjana di timur dan di barat.

Kesan Lingzhi tidak sahaja melalui penggunaan Lingzhi tulen, tetapi juga melalui rumusan campuran Lingzhi. Contohnya ketika kami mengeluarkan minuman Reishi Tea iaitu campuran Lingzhi, kesannya tetap dirasai pengguna. Pengidap-pengidap gastrik mendapati Reishi Tea baik untuk merawat gastrik mereka.

Kami juga menggunakan Lingzhi sebagai ramuan utama dalam dua lagi produk yang dipasarkan iaitu Femcare dan Malecare. Kesan bahan aktif Lingzhi ternyata dapat meringankan penderitaan pelbagai gejala penyakit serta membantu menyembuhkannya.
Semakin hari kecintaan kami sekeluarga kepada Lingzhi semakin mendalam kerana kami dapat menikmati keajaiban Lingzhi. Setiap hari kami mengambil sekurang-kurangnya sebiji tablet Natural Lingzhi 600mg sebagai makanan kesihatan. Ia dijadikan amalan harian sekeluarga. Kesannya adalah kekalnya tahap kesihatan sesuai dengan keperluan kita secara holistik iaiatu sihat tubuh, mental dan spiritual. Komitmen tinggi kami kepada Lingzhi hingga ia dijadikan perniagaan keluarga.

Selain nikmat kesihatan, Lingzhi juga memberikan kami nikmat kepuasan kerana dapat membantu ramai penderita-penderita pelbagai gejala penyakit, mendapatkan semula kesihatan mereka. Kepuasan itu sesuatu yang sangat berharga kerana usaha kita telah membantu ramai orang bebas daripada penderitaan akibat penyakit.

Saya pernah melalui saat yang mengharukan apabila berdepan dengan seorang pengguna produk Natural Lingzhi. Dia begitu gembira dan bersungguh-sungguh menceritakan pengalamannya kepada saya. Katanya, dia telah lumpuh lebih dua tahun akibat kemalangan. Dia terlantar di rumah tidak dapat berjalan. Menurutnya, pelbagai usaha dan rawatan telah dilakukannya demi mencari kesembuhan. Namun selama dua tahun dia masih terlantar biarpun sudah banyak usaha dan wang ringgit dihabiskan. Akhirnya dia menemui seorang pengedar produk kesihatan yang mengesyorkan dia mencuba Natural Lingzhi. Beliau mencubanya kerana beliau tetap mahu kembali sihat seperti sebelumnya. Beliau akhirnya pulih daripada lumpuh dan dapat berjalan dan sihat semula.

Banyak lagi perakuan-perakuan yang sungguh mengembirakan. Pengguna-pengguna Natural Lingzhi telah mengalami keajaiaban yang sama setelah mengamalkannya secara teratur dan berdisiplin. Selain penderita lumpuh akibat kemalangan atau strok, pesakit-pesakit leukimia, SLE, epilepsy (sawan), kanser adalah antara pesakit yang serius, yang dapat dibantu. Penyakit-penyakit biasa seperti diabetes, hipertensi (darah tinggi), asthma, buasir, gastrik, migraine, arthritis/gout, juga dapat disembuhkan.

Misi Lingzhi kami ialah meluaskan pasaran produk bukan sahaja ke pasaran tempatan tetapi juga ke seluruh dunia insyaAllah, kerana keajiban herba Tuhan ini perlu dinikmati oleh semua orang. Atas kesedaran itulah ia perlu disebarkan seluas-luasnya supaya lebih ramai orang dapat dibantu untuk kembali sihat dan dapat menikmati kehidupan normal. Pengalaman-pengalaman peribadi dan pengguna produk sungguh meyakinkan untuk kita berusaha lebih gigih meluaskan penggunaannya demi kesihatan semua orang. Setiap orang berhak mendapatkan manfaat Lingzhi kerana hari ini Lingzhi sudah dapat dikembang biakkan melalui teknologi penanaman, dan dengan itu ia mampu dibeli dan diambil sebagai makanan kesihatan.

1 comment: