Wednesday, February 4, 2009

Mistri air: menemui fakta-fakta baru

Salah satu makhluk Tuhan yang sangat rapat dengan kehidupan amanusia dan alam adalah air. Air adalah makhluk Tuhan yang sangat istimewa kerana Tuhan sendiri telah menyatakan kepentingannya dengan berkali-kali menyebutnya dalam al-Quran. Lebih istimewa adalah apabila Tuhan menyebut bahawa air adalah sumber kehidupan: Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu dahulunya suatu yang padu,kemudian Kami pisahkan antara keduanya.Dan dari air Kami jadikan sesuatu yang hidup. Dan mengapakah mereka tidak juga beriman. (maksud al-Quran 21:30).

Sains kemudiannya membenarkan kenyataan al-Quran yang diturunkan lebih 14 abad yang lalu. Air adalah sumber asasi kepada kehidupan, baik kehidupan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan juga bumi. Semua makhluk yang hidup di alam ini memerlukan air. Manusia tidak dapat hidup tanpa air kerana dalam tubuh manusia 70 peratus adalah air. Seluruh fungsi organ dan fungsi sistem fisiologi tubuh manusia memerlukan air. Tanpa air tubuh manusia tidak akan berfungsi. Tanpa makanan manusia masih boleh hidup berminggu-minggu tetapi tanpa air beberapa hari nmanusia tidak akan hidup. Begitu juga dengan binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Air adalah makhluk yang istimewa kerana ia boleh berubah sifat. Ia bersifat cecair, pepejal dan juga gas. Ia boleh berubah daripada air (cecair) kepada air batu atau salji (pepejal) dan kemudian menjadi wap (gas). Air asalnya bersih dan suci sehingga ia adalah alat yang digunakan untuk mmbersih dan menyucikan. Dalam agama air adalah bahan yang suci yang dimanfaatkan untuk tujuan penyucian. Ia digunakan dalam berwudhuk dan mandian. Ia digunakan untuk membersihkan benda-benada seperti tempat dan makanan. Malahan secara fisiologi, air membersihkan kekotoran baik najis mahupun toksid dalam tubuh melalui najis, urin dan juga perpeluhan.Dari sudut ekologi, kita melihat manusia, tumbuh-tumbuhan dan bumi berkongsi air dalam satu bentuk sinergi sempurna. Matahari menyerap air di bumi menjadi wap kemudian menjadi awan, lalu turun kembali dalam bentuk hujan. Hujan menyirami bumi memberikan kesegaran dan tenaga kepada tumbuh-tumbuhan, binatang dan alam. Air mengalir di bumi. Sebahagian membentuk aliran air seperti anak air, anak sungai, menjadi sungai dan terus ke laut. Sebahagian diserap bumi, sebahagian lagi diserap akar-akar pokok sebagai stok untuk dikongsi dengan manusia dan alam. Di dalam perut bumi sebahagian air disimpan sebagai stok bawah tanah. Ia digunakan oleh hidupan di perut bumi dan sebahagian keluar dalam bentuk mata air.

Sains telah mengkaji mistri air melalui pelbagai bidang, antaranya biologi, sains marin, ekologi,oceanografi, alam sekitar dan lain-lain. Kajian-kajian sains itu telah banyak menyingkap rahsia air dan kaitannya dengan kehidupan manusia dan juga alam seluruhnya. Akhir-akhir ini orang mula mengkaji air dari sudut biofizik pula. Air dilihat sebagai sumber tenaga yang mempunyai kekuatan fizik dan metafiziknya. Sains sudah memanfaatkan air sebagai sumber tenaga untuk menjana elektrik, tenaga wap dan sebagainya. Kini kajian dilakukan pula untuk melihat air sebagai makhluk hidup yang mempunyai dinamikanya sendiri. Air didapati mempunyai sensitiviti dan memmori yang sungguh mengagumkan.

Seorang doktor alternatif di Jepun, Dr Masaru Emoto telah menemui fakta baru mengenai air. Dalam kajiannya beliau mendapati air mempunyai keupayaan luar biasa memahami pesanan (message) yang disampaikan kepadanya. Beliau menggunakan mikroskop berkuasa tinggi untuk mengambil gambar molikul air di mana ditemui pelbagai bentuk kristal air yang sungguh menakjubkan. Penemuan beliau dibukukan dalam beberapa judul di mana pelbagai bentuk kristal air dihasilkan daripada kajiannya. Sungguhpun ada pihak yang mempertikai kesahihan teknik yang digunakan untuk mendapatkan imej-imej air tersebut, namun suatu yang pasti, Dr Emoto telah melakukan sesuatu yang membawa kita mendekati hakikat air.

Penemuan Dr Emoto menunjukkan kepada kita betapa air mempunyai sensitiviti dan memori luar biasa. Ia boleh memancarkan semula mesej yang disampaikan kepadanya dalam bentuk imej-imej kristalnya. Beberapa mesej positif seperti kata-kata kasih, cinta, sayang, indah, telah menghasilkan imej kristal yang sangat cantik dan indah. Sebaliknya kata-kata negatif seperti buruk, bohong, jahat, zalim, kecewa, telah menghasilkan imej kristal yang sangat buruk dan tidak menarik. Kesimpulannya air dapat memahami mesej yang disampaikan kepadanya, dan digambarkan kepada kita dalam bentuk imej kristal yang dirakamkan.

Usaha Dr Emoto telah menyingkap beberapa mistri tentang air yang selama ini tidak pernah kita ketahui. Hasilnya telah menimbulkan satu kesedaran dan keinsafan baru di kalangan mereka yang berksempatan melihat imej-imej kristal air tersebut. Di Amerika dan di negara-negara maju, ceramah Dr Emoto mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai kerana mereka begitu teruja untuk mengetahui beberapa mistri air yang mengagumkan. Buku-buku Dr Emoto banyak diterbitkan di Amerika dan naskahnya sukar didapati di sini. Di Indonesia beberapa judul buku Dr Emoto sudah diterjemahkan ke bahasa Indonesia dan berada di pasaran di sana.

Secara peribadi saya sudah agak lama mendekati air. Pada tahun 1990 kami mula terlibat dengan pemasaran alat penapis air buatan Australia. Pada tahun 2002 kami mengusahakan pula kilang air minuman, dengan menghasilkan air tulen ozonated. Dengan pelbagai maklumat terbaru mengenai air, minat saya untuk meneliti potensi air terus berkembang. Saya percaya air yang tulen, bersih dari segala bahan asing (H2O)adalah air yang paling sesuai untuk diambil. Biarpun ramai beranggapan air mineral bagus kerana ia mempunyai kandungan mineral; namun ramai orang kurang jelas bahawa mineral dalam air adalah mineral bukan-organik. Mineral bukan-organik tidak sesuai dengan sistem tubuh kerana ia tidak boleh dimanfaatkan dengan berkesan. Manusia memerlukan mineral tetapi dari jenis mineral organik yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan seperti sayuran dan buah-buahan. Tumbuhan mempunyai keupayaan menukarkan mineral bukan-organik dalam air, menjadi mineral organik; tetapi tubuh manusia tidak boleh melakukannya. Saya percaya air tulen akan memberikan kesan terbaik kepada tubuh kerana dia boleh diterima sistem tubuh 100 peratus.

Hari ini kita sudah terdedah dengan banyak maklumat tentang air. Oleh itu tugas kita ialah berusaha memahami air baik sebagai keperluan minuman, perawatan dan untuk manfaat lain. Air bukanlah ubat tetapi dengan fungsi-fungsi alaminya yang membantu sistem fisiologi tubuh bekerja, ia akan membantu seseorang mengatasi masalah kesihatan yang berkaitan dengan air. Banyak gejala penyakit boleh dihilangkan dengan hanya minum air. Gejala penyakit yang berpunca daripada kekurangan air seperti sakit hulu hati, kelebihan urik asid dan seumpamanya, boleh disembuhkan dengan minum air tulen secukupnya.

No comments:

Post a Comment