Monday, April 22, 2013

Malaysia selepas 5 Mei 2013

Tarikh 5 Mei 2013 sudah diputuskan sebagai tarikh Pilihanra ke 13 negara ini. Pilihanraya ini disebut-sebut sebagai Pilihanraya yang bersejarah dan penting kepada masa depan negara. Pilihnraya ke 13 ini dijangka akan merobah masa depan negara berdasarkan pertarungan sengit yang sedang berlaku di medan politik tanahair. Dua parti gergasi BN dan PR sedang bertarung memenangi Pilihanraya kali ini.

Kini kita sedang mengira detik waktu, mengira minit, jam dan hari. Count-down yang sungguh mendebarkan, bukan sahaja di kalangan ahli politik tetapi juga seluruh rakyat Malaysia. Kini rakyat sudah dimaklumkan siapakan calon-calon wakil mereka untuk kerusi palimen dan juga dewan undangan negeri. Penamaan calon pada 20 April lalu berjalan dengan lancar, aman dan seemua pihak berpuas hati. Parti-parti yang bertanding sudah menamakan calon-calon mereka untuk bertanding pada 5 Mei depan.

Kini waktu berkempen secara rasmi telah bermula. Media arus perdana sangat jelas menyebelahi BN dengan bahan-bahan propaga dan dan provokasi yang tidak habis-habis. Sebagai seorang pengamal media, saya melihat sikap keterlaluan media arus perdana ini telah merosakkan persepsi umum terhadap kebebasan akhbar. Sungguhpun umumnya orang media akan berkata mereka memperjuangkan kebebasan akhbar, namun media perdana Malaysia memperlihatkan hakikat berbeza.

Model pemimpin yang rakyat mahu, jujur dan hidup sederhana.

Alhamdulillah hari ini, media maya sudah berkembang pesat. Maka media terbuka ini telah dapat menyediakan bahan-bahan alternatif kepada mereka yang inginkan fakta yang lebih sahih dan benar. Pada sudut lain pula, media elekronik ini dapat menyajikan berita-berita yang sangat pantas, baru dan segar.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita mengharapkan Pilihanraya ke 13 ini menjadi titik tolak perubahan kepada senario politik negara. Sungguhpun ia dikaitkan oleh setengah pihak yang prejudis dengan angka 13 (yang tidak enak), ia mungkin menjadi angka sial kepada pihak yang akan kalah. Namun begitu apabila ia dikait-kaitkan dengan periatiwa 13 Mei 1969, maka ia tentulah prasangka yang tidak baik. Ia akan berupa ugutan kepada rakyat dengan menakut-nakutkan mereka tentang rusuhan kaum. Perkara berkaitan kaum hari ini tidaklah seburuk tahun 1969 yang lalu. Rakyat pelbagai kaum di Malaysia sudah menjalani kehidupan bersama secara matang, dan sukar untuk mereka terjebak dalam pergaduhan bodoh begitu.

Nada Dr Mahathir membangkitkan hal-hal begini, sangat tidak disenangi rakyat. Ia dianggap satu ugutan dan provokasi ke atas parti lawan.Hakikat perkauman di Malaysia sudah jelas, rakyat pelbagai kaum sukar diprovokasi untuk membenci satu sama lain Mereka semakin matang dan terpelajar. Mereka inginkan negara Malaysia yang aman damai. Melihat kepada kedua-dua parti baik BN mahupn PR, pelbagai kaum bersatu untuk menentukan masa depan negara. Gabungan mereka membayangkan hasrat perpaduan yang erat tanpa mengenal batas warna kulit, susku kaum dan agama.

Politik hari ini adaah politik Malaysia yang lebih matang. RRakyat mahukan pemerintah yang telus, tulus dan bersih. Mereka tidak lagi melhat pemimpin berdasarkan songkok atau kopiah, tetapi mereka menilai personaliti yang ditunjukkan. Mereka mahupun pemimpin yang ikhlas, jujur, amanah, tidak korupsi, tidak menyelewen, tidak menipu, tidak bermewah-mewh dengan wang negara.

Zaman mutakhir ini kita melihat kebangkitan ketara prti-parti yang dilabel sebagai Pembangkang. PR hari ini bukan lagi Pembangkang totok. Mereka memerintah di empat negeri, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Sebelum ini Perak juga diperintah PR sebelum dirampas oleh BN dengan cara-cara yang mereka anggap sah, tetapi kelihatan tidak bermoral. Bermakna kini maknanya, BN tidak boleh mengaku dengan angkuh bahawa PR adalah Pembangkang, kerana di negeri-negeri PR, mereka adalah Pembangkang.

BN menggunakan ssepenuhnya wang untuk menunjukkan mereka membela rakya maka pelbagai projek dan program berteraskan wang dijaja dan rakyat dinenabobokkan dengan wang. Pemberian demi pemberi wang kepada pelbagai golongan dilakukan khususnya di saat-saat akhir menjelang PRU 13. Oleh kerana ia dilakukan sebagai projek Kerajaan ia tidak dapat dikatakan rasuah. Namun secara tersiratnya ia adalah juga rasuah politik untuk memenangi hati rakyat.

Dahulu perkataan 'rakyat' adalah perkataan yang sangat ditakuti oleh BN. Suatu waktu dahulu parti rakyat pernah diharamkan, dan segala gerakan yang menggunakan perkataan rakyat begitu dibenci oleh pemerintah. Anehnya akhir-akhir ini pimpinan BN sendiri telah mengeksploitasi perkataan rakyat begitu berlebihan. Contohnya 'rakyat didahuukan...' Padahal perkataan Rakyat didaulatkan oleh gerakan reformasi melalui parti-parti dalam Pakatan Raakyat (PR) lebih dahulu daripada BN. Oleh kerana berasa takut dengan kesedaran dan kebangkitan rakyat, maka BN yang dulunya 'anti rakyat' kini mengubah strategik dengan mengeksplotasi 'rakyat'. Mereka menonojlkan projek projek-projek yang kononnya membela rakat, antaranya BRIM RM500. Apalah maknaya RM500 setahun untuk rakyat, sedangkan pemimpin-pemimpin BN mendapat jutaan ringgit daripada pelbagai projek, seperti rasuah (komisen beli kapal selam), projek NFC RM250juta, dan lain-lain.

Oleh itu hari ini, rakyat yang cerdik sudah dapat menghidu maklumat dan fakta tentang teruknya rasuah dalam kepimpinan negara; maka rakyat dari golongan ini tidak mudah diperbodohkan dengan pelbagai pemberian (juga rasuah politiik). Mereka sedang mengumpul kekuatan untuk berjuang menurunkan secara sah Kerajaan lama, untuk digantikan dengan Kerajaan baru. Dengan itu diharapkan akan muncuk politik baru di Malaysia.

Kita mengharapkan PR akan menang dan dapat menubuhkan Kerajaan baru untuk melaksanakan program-program pembangunan yang benar-benar berorientasikan rakyat, bukan sekadar hanya berslogankan rakyat. Berdasarkan pemerintahan PR di empat negeri, sudah terbukti mereka dapat meningkatkan pendapatan
negeri dan dapat menguruskan ekonomi dengan berhemah.

Bukti ketelusan pimpinan PR mengurus harta negeri. Ini yang tidak dapat dibuktikan oleh pimpinan BN.

No comments:

Post a Comment