.jpg)
Berpolitik adalah kerjaya orang-orang politik atau ahli politik. Sebagai rakyat biasa, tidak semua orang berminat dengan politik. Namun begitu siapapun kita, sebagai seorang rakyat Malaysia, kita tidak dapat membebaskan diri daripada pengaruh politik, kerana politik akan menentukan kepimpinan negara, dasar negara dan juga kehidupan kita keseluruhannya. Biarpun kita tidak terlibat dalam ktivviti politik atau tidak berminat dengan politik; namun menjadi kewajiban dan tanggungjawab kita semua untuk mengundi, kerana mengundi adalah satu-satu caranya kita menggunakan hak kita sebagi seorang rakyat untuk memilik parti politik dan pemimpin yang akan menguruskan negara kita.
Di sinilah titik penting untuk kita fikirkan. Kita mempunyai tanggungjawab besar untuk membuat pilihan. Proses membuat pilihan inilah yang menjadi tuunggak kepada Pilihanraya. Oleh itu membuat pilihan adalah suatu hak dan juga satu kebijaksanaan kita untuk menentukan siapa dan kumpulan mana yang akan mentadbir negara.
Pilihanraya ke-13 ini merupakan detik-detik yang sungguh mencabar dalam sejarah politik tanahair - politik Malaysia. Fokus semua orang, semua rakyat juga orang-orang luar kini tertumpu kepada 5hb Mei nanti. Selain itu fokus juga tertumpu kepada parti-parti politik yang akan menyertai pilihanraya kali ini. Juga kepada ahli-ahli parti politik serta para penyokongnya.
Biarpun kita sudah meewati satu proses politik yang panjang, melebihi setengah abad; namun senario politik Malaysia masih tidak dapat menunjukkan kematangannya. BN sebagai parti yang memerintah sedang menempuh dugaan sangat besar bilamana muncul persepsi-persepsi yang tidak begitu menyokong mereka. Protes dan tentangan daripada PR (Pakatan Raakyat) telah berjaya meyakinkan publik tentang kelemahan dan kegagalan BN memerintah.

Isu-isu jenayah di kalangan pemimpin parti pemerintah sekarang sangat menonjol. Ia sudah menjadi hal-hal yang sangat jelas di mata rakyat. Jenayah yang melibatkan isu-isu pembunuhan, rasuah, penipuan dan pengkhianatan. Ada menteri dan bekas mentari yang sudah dijatuhkan hukuman kerana rasuah, ada yang sedang dibicarakan kes mereka, dan ada lagi yang kes-kes yang tidak dibawa ke tengah biarpun rakyat tahu pemimpin tertentu terlibat dengan jenayah. Selain itu isu kroni dan eksploitasi harta negara secara terang-terangan sukar ditutup lagi.
Sungguh pun kita dikatakan negara yang mengamalkan demokrasi, namun apabila pihak parti yang memerintah telah menggunakan kuasanya berlebihan sehingga menafikan hak parti-parti lawan, maka hakikat demokrasi kita semakin kabur. Terasa tiada lagi demokrasi apabila media arus perdana dikuasai oleh parti pemerintah secara keterlaluan. Media kerajaan diperalatkan sepenuhnya untuk kepentingan parti. Ini satu amalan yang tidak demokratik sama sekali, lebih-lebih lagi ia dilakukan di fasa sele
pas parlimen dibubarkan.
No comments:
Post a Comment